Find
Text Version |Text Version  | English  | Malay  | Chinese  | Farsi  | Arabic



Add to Google


Page viewed: 928124 times.
Since 13 April 2009


  Contact Us :
 
 

For Enquiries on Journal(s):
If further information is required on the journal(s), please use the contact information available in the respective journal pages.

For Enquiries on the System:
For comments & suggestions on the UM Refereed Academic Journal System, please email to umepublication@um.edu.my

 

Info generated from:

  Search by author | Search by article | Search by category | List All Journals
 
  UM Refereed Academic Journals
 
 
Journal of Southeast Asian Studies
 
PEMBONGKARAN PETEMPATAN KAMPUNG AIR DI PULAU BORNEO: KAJIAN KES KOTA KINABALU SABAH
Amaluddin Bakeri, Mohammad Raduan Mohd Ariff,

Abstract:
Petempatan kampung air merupakan bentuk petempatan tradisi yang lumrah terdapat di sebahagian besar pinggir pantai, pulau-pulau dan muara-muara sungai Pulau Borneo amnya dan negeri Sabah khasnya. Semasa keagungan kerajaan-kerajaan maritim sebelum abad ke-19, petempatan kampung air adalah bekas kota-kota yang menjadi pusat pentadbiran dan perekonomian sesebuah kerajaan maritim tersebut. Petempatan tersebut kemudiannya musnah akibat penjajahan kuasa-kuasa barat dan peranannya berubah daripada sebuah petempatan pusat kepada petempatan terpinggir.

Keyword: kampung air, pulau borneo

Full Paper: 1. 001-018 Amaluddin.. Mohammad Raduan.. Pembongkaran Petempatan Kampung Air.. Jati 9.pdf
 

 
MALAYSIA AS A MARITIME SITUATION: PROSPECTS AND CHALLENGES
Hanizah Idris, Ruhanas Harun,

Abstract:
Geographically, economically and historically, the idea of Malaysia as a maritime nation is not new. In the past, Malays were known to be great seafarers, their livelihood and way of life closely connected to the sea. One of the most important Malay kingdoms, Malacca, was a great port in Southeast Asia. Today, the maritime sector plays and important past in the Malaysian economy. The South China Sea separates east and Peninsular Malaysia physically, at the same time the sea strategically, and with its resources, can be the bridge that links the two parts of Malaysia. For the purpose of leisure and recreation, it is the sea more than mountains that attracts Malaysians. Yet in spite of the close association with the sea culturally, historically and economically, the idea of maritime community and nation has not been consciously accepted by majority of the population.

Keyword: maritime community, development, malaysian economy, security problems, malaysian waters, maritime security and safety,

Full Paper: 2. 009-30 Hanizah.. Ruhanas.. Malaysia As A Maritime.. Jati 9.pdf
 

 
LEGITIMASI POLITIK: PENGENALAN KEPADA KEPELBAGAIAN TAKRIFAN
Sivamurugan Pandian,

Abstract:
Legitimasi merupakan perkataan yang semakin hari banyak digunakan di dalam konteks sains politik mahupun sosiologi politik. Takrifan ke atasnya sudahpun wujud berabad lamanya tetapi penekanan ke atasnya hanyalah kelihatan kebelakangan ini sehingga seolah-olah menjadi satu ikon apabila membincangkan senario politik atau kepimpinan seseorang pemimpin. Legitimasi merupakan tunggak kekuatan sesuatu pentadbiran politik terutamanya di dalam suasana peralihan kepimpinan ataupun penerusan sesuatu kepimpinan terutamanya di peringkat arus politik perdana. Kehadiran legitimasi akan membolehkan struktur kepimpinan sesebuah negara terus stabil walaupun ada cabaran serta batasan tertentu yang akan mengganggu proses pentadbiran negara. Di kalangan negara-negara membangun, legitimasi politik penting untuk memastikan proses warisan kepimpinan tidak dicakari dengan insiden rusuhan, demonstrasi mahupun penggulingan kuasa.

Keyword: LEGITIMASI, KEPIMPINAN POLITIK

Full Paper: 3. 031-042 Sivamurugan.. Legitimasi Politik.. Jati 9.pdf
 

 
PHILIPPINE LINGUISTICS, FILIPINO LANGUAGE AND THE FILIPINO NATION
Rodney C. Jubilado,

Abstract:
In this paper, I am presenting the importance of linguistics and its role in the search for national identity in a democracy like that of the Philippines. The present state of the Filipino nation can be deduced through the study of the diverse languages of the country.

Keyword: PHILIPPINE LINGUISTICS, FILIPINO LANGUAGE, FILIPINO NATION, COLONIAL LANGUAGES

Full Paper: 4. 043-054 Rodney.. Philippine Linguistics.. Jati 9.pdf
 

 
MASALAH SOSIAL DI BANDAR SEMENANJUNG MALAYSIA: TINJAUAN DARIPADA PERSPEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA
Haris Abd. Wahab,

Abstract:
Masalah sosial merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan daripada berlaku dalam masyarakat hari ini. Setiap hari kita dapat melihat di kaca televisyen dan suratkhabar pendedahan mengenai pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku dalam masyarakat. Masalah jenayah dan salah laku yang berlaku dalam masyarakat menarik perhatian awam dan menjadi bahan perbahasan politik semasa. Orang awam berada dalam keadaan khuatir dan gelisah terhadap bahaya dan kesan salah laku sosial dalam masyarakat serba moden yang mengutamakan individualisme dan materialisme dalam kehidupan mereka. Masalah sosial mempunyai pengertian yang luas, ia bukan hanya mencakup permasalahan kemasyarakatan tetapi juga yang mencakupi permasalahan dalam masyarakat yang berkaitan dengan gejala-gejala abnormal dalam kehidupan masyarakat. Masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran atau kesulitan. Sosial pula adalah segala yang berkaitan dengan masyarakat. Oleh itu, masalah sosial boleh diklasifikasikan sebagai sesuatu yang memerlukan penyelesaian bagi keadaan yang menimbulkan kesulitan kepada sesebuah masyarakat.

Keyword: MASALAH SOSIAL, SEMENANJUNG MALAYSIA, PERSPEKTIF MASYARAKAT MALAYSIA,

Full Paper: 5. 055-074 Haris.. Masalah Sosial Di Bandar Semenanjung Malaysia.. Jati 9.pdf
 

 
KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS (FTA) ASEAN-CHINA: IMPAK KE ATAS EKONOMI ASEAN DAN MALAYSIA
Mohamed Aslam,

Abstract:
Pada tahun 1990, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato Sri Dr Mahathir Mohamed telah mencadangkan penubuhan Perkumpulan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Group ringkasnya EAEG yang merangkumi ASEAN, Negara China, Korea Selatan dan Jepun. Malangnya cadangan tersebut telah gagal disebabkan oleh faktor-faktor yang tertentu. Bagaimanapun keinginan Malaysia untuk mewujudkan EAEG dengan keanggotaan Negara yang sama telah dipertimbangkan semula dengan serius pada tahun 1999. Dalam tahun tersebut ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan telah bersetuju untuk menubuhkan suatu gagasan yang dikenali sebagai ASEAN + 3 (AP3). Terdapat beberapa sebab munculnya minat untuk menubuhkan AP3, pertama, untuk meningkatkan kerjasama demi mewujudkan kestabilan ekonomi di rantau Asia Tenggara dan Asia Timur. Kerjasama tersebut amat perlu kerana dijangkakan pada waktu itu kesan krisis matawang dan kewangan mungkin berpanjangan dan juga dijangkakan ekonomi dunia akan mengalami kemerosotan dalam tahun 2000. Keduanya AP3 penting terutamanya kepada ASEAN dari segi menghadapi kemungkinan kesan ekonomi negatif dari perkembangan ekonomi negara China.

Keyword: FTA, KAWASAN PERDAGANGAN BEBAS, ASEAN, MALAYSIA, ASEAN + 3, AP3, EAEG

Full Paper: 6. 075-088 Mohamed Aslam.. Kawasan Perdagangan Bebas.. Jati 9.pdf
 

 
NASIONALIS ATAU KOMUNALIS: SIR SYED AHMAD KHAN DAN MAHATMA GANDHI DALAM SEJARAH MODEN INDIA
M. Rajantheran, Md. Afandi Hj. Awang,

Abstract:
Persoalan komunalisme di India adalah satu persoalan besar yang sukar diatasi. Persoalan ini dapat jejaki lebih kurang seratus tahun sebelum India mencapai kemerdekaan. Peperangan kemerdekaan India pertama ini, dianggap sebagai titik tolak bercambahnya fahaman ini. Pada peperangan tersebut, orang Hindu dan Islam dalam pasukan tentera British, bangun memberontak terhadap ketua mereka dan kemudian merebak menjadi satu penentangan massa terhadap penjajah British supaya keluar dari India. British berjaya menundukkan pemberontakan tersebut, dan selepas itu menyaksikan pemerintahan British di India, bercorak pecah-perintah dan secara halus melaga-lagakan antara Hindu dan Muslim. Dengan dasar seperti ini, pemerintahan mereka di India terus berlanjutan hingga 100 tahun kemudian. Walaupun India telah merdeka namun isu-isu komunalisme tidak segera padam.

Keyword: NASIONALIS, KOMUNALIS, SIR SYED AHMAD KHAN, MAHATMA GANDHI, SEJARAH MODEN INDIA

Full Paper: 7. 089-110 M. Rajantheran.. Md. Afandi.. Nasionalis Atau Komunalis.. Jati 9.pdf
 

 
SURVIVAL EKONOMI WANITA DALAM KOMUNITI SETINGGAN
Jalihah Md Shah,

Abstract:
Pembangunan sesebuah bandar acapkali menjadi pemangkin terpanggilnya kumpulan manusia untuk merentasi sempadan daerah, negeri malah negara untuk melakukan penghijrahan. Dalam konteks Sabah, proses migrasi juga rancak digerakkan oleh imigran dari Filipina dan Indonesia selain daripada proses penghijrahan dalaman negeri ini sendiri. Pergerakan masuk kumpulan pendatang pula mengalami peningkatan darsawara kebelakangan ini. Misalnya tahun 2000, jumlah imigran di Sabah seramai 614, 824 yang memperlihatkan pertambahan sebanyak 103, 273 orang berbanding tahun 1990. Mereka ini mewakili 23 .6 peratus daripadajumlah keseluruhan penduduk negeri Sabah (Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2001). Kebanjiran pendatang asing ini seperti yang disabitkan oleh Dayang Suria (2000) mempunyai kaitan dengan kemunculan kawasan setinggan di negeri ini.

Keyword: SURVIVAL EKONOMI, EKONOMI WANITA, KOMUNITI SETINGGAN

Full Paper: 8. 111-124 Jalihah.. Survival Ekonomi Wanita.. Jati 9.pdf
 

 
PERLINDUNGAN HUKUM TERHADAP ANAK SEBAGAI TENAGA KERJA DI PERTANGKAHAN IKAN BELAWAN
Roswita Sitompul,

Abstract:
Sudah merupakan realita, keadaan anak di muka dunia ini masih belum menggembirakan. Nasib mereka belum seindah ungkapan yang sering kali didengar memposisikan anak bemilai penting, penerus masa depan bangsa dan sejumlah simbolik lainnya. Hak yang diberikan hukum kepada anak belum sepenuhnya ditegakkan, kenyataan dalam perilaku kehidupan, masyarakat masih menyimpan masalah anak. Bahkan keadaan ini bukan saja melanda Indonesia tapi seluruh permukaan bumi ini.

Keyword: TENAGA KERJA, PERTANGKAHAN IKAN BELAWAN, HUKUM ANAK, HUKUM PERBURUHAN, UUD 1945

Full Paper: 9. 125-144 Roswita.. Perlindungan Hukum Terhadap Anak Sebagai.. Jati 9.pdf
 

 
ZON PERSISIRAN PANTAI: PENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
Nanthakumar Loganathan, Syahrin Said,

Abstract:
Pertumbuhan ekonomi sering dikaitkan dengan kewujudan sumber dan etika pengurusannya. Namun, dikebanyakan negara membangun mahupun sedang membangun, khususnya negara-negara dunia ketiga, sumber menjadi elemen utama penumbuhan ekonomi mahupun prasarana sosial. Terdapat pelbagai persoalan yang terbayang dalam minda seseorang apabila membincangkan konsep pesisiran pantai. Laut, paya bakau, pelancongan, perikanan, masyarakat nelayan, kemiskinan dan pelbagai persoalan akan bermain dalam pemikiran seseorang apabila konsep pesisiran pantai diutarakan. Namun pada hakikatnya, ke semua persepsi dan tanggapan tersebut hanya satu pandangan yang sempit serta tidak menyeluruh berhubung konsep zon pesisiran pantai secara global. Walaupun pada dasarnya hampir 70 peratus dari permukaan bumi diliputi lautan, namun ia tidak mampu diurus dengan efisien akibat dari kerakusan manusia mengejar kekayaan sumber alam yang sering diperkatakan. Kini, sumber petroleum di Kutub Utara sekalipun sudah mula dikenalpasti sebagai lokasi penerokaan sumber utama bagi beberapa buah negara maju.

Keyword: ZON PERSISIRAN PANTAI, EKONOMI MALAYSIA

Full Paper: 10. 145-158 Nanthakumar.. Syahrin.. Zon Pesisiran Pantai.. Jati 9.pdf
 

 
UNEMPLOYMENT AMONG YOUTH IN SABAH: CAUSES AND CURES
Thirunaukarasu Subramaniam,

Abstract:
Youth unemployment is a common problem in developed and developing nations. This phenomenon should be given proper attention as this phenomenon will be- come a burden, a cost and a problem to a nation. Youths should be productive individuals that should contribute to the development of a nation. If youths are unemployed this represents a waste of resources.

Keyword: UNEMPLOYMENT, YOUTH IN SABAH

Full Paper: 11. 159-170 Thirunaukarasu.. Unemployment Among Youth In Sabah.. Jati 9.pdf
 

 
LANUN ATAU MUNDU DI SABAH
Ramli Dollah,

Abstract:
Serangan, rompakan, penculikan dan sebagainya yang menjadikan laut sebagai kawasan utama kumpulan perompak ini merupakan antara perkara yang menjadi isu utama di Sabah. Namun, sehingga ke hari ini, dikalangan masyarakat umum kesemua aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti perlanunan, rompakan bersenjata ataupun penculikan. Namun, bagi masyarakat di Sabah (terutamanya pantai Timur Sabah), aktiviti ini lebih dirujuk sebagai serangan Mundu. Hal ini mungkin ada kebenarannya memandangkan konsep lanun, rompakan di laut penculikan dan sebagainya ini tidak mampu menjelaskan keadaan yang berlaku ini malahan konsep tersebut banyak bertindan lapis, mengelirukan dan gagal untuk mengenal pasti bentuk aktiviti yang berlaku di Sabah. Berdasarkan kepada permasalahan ini, maka artikel ini dengan menggunakan beberapa contoh akan cuba untuk mengetengahkan satu konsep iaitu Mundu yang mungkin akan membantu menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di Sabah.

Keyword: LANUN, MUNDU, SABAH

Full Paper: 12. 171-188 Ramli.. Lanun Atau Mundu Di Sabah.. Jati 9.pdf
 

 
PERANAN TANAMAN PADI DALAM PEMBANGUNAN PERTANIAN DI MALAYSIA: ANALISIS SEJARAH DAN KONTEMPORARI
Mohammed Halib,

Abstract:
Kemasukan kapital pada awal abad kc-20 telah merombak struktur masyarakat tempatan. Pengeluar-pengeluar telah gagal menikmati sepenuhnya hasil titik-peluh mereka disebabkan oleh tindak tanduk orang-orang yang mempengaruhi pasaran. Perhubungan sosial yang tidak seimbang ini telah berterusan dan menjadi lebih ketara di kebelakangan ini. Langkah-langkah untuk memodenkan kaum tani terutamanya di era pasca kolonial telah meningkatkan lagi jurang sosial dan menggugat landasan material kelas pengeluar. Kewujudan kelas-kelas yang mengaut lebihan dari kaum tani akan terus mencambahkan kemunduran dan kemiskinan. Daya usaha untuk membangunkan pertanian melalui perubahan terancang wajar mengambil kira proses- proses sejarah material setempat, hubungan kelas, dan peranan negara.

Keyword: TANAMAN PADI, PEMBANGUNAN PERTANIAN MALAYSIA, SEJARAH, KONTEMPORARI

Full Paper: 13. 189-213 Mohammed Halib.. Peranan Tanaman Padi Dalam Pembangunan Pertanian.. Jati 9.pdf
 

 
Copyright 2008 University of Malaya.